Fieza Beauty Soap

Fieza Beauty Soap
KECANTIKAN TANPA SOLEKAN

Selasa, 1 September 2015

SEJARAH TERCIPTANYA FBS

SALAM....

Kenapa saya cipta FBS? kerana saya seorang yang tidak suka bersolek dan kerjaya saya juga tidak membolehkan saya untuk berdandan serta memastikan solekan saya kemas. Ya, mungkin ada yang berpendapat, wanita yang tidak bersolek tiada ciri2 wanita sejati. Terpulang kepada individu itu sendiri, tetapi saya tahu ramai wanita diluar ingin kelihatan cantik tanpa perlu bersusah payah.

Sejak di sekolah rendah kehidupan saya banyak dihabiskan di padang sekolah sehinggalah sekarang. Kerana bersukan adalah hobi dan minat saya. Susah untuk melihat kulit saya bersih dan cerah, kerana sering dibakar oleh cahaya matahari.

Kerjaya saya pula, satu kerjaya yg saya rasa tidak perlu bersolek untuk kelihatan cantik, ckp sekadar krim muka, gincu dan bedak tepung. Ini kerana, selama 7 jam bertugas saya tidak duduk diam dan tidak ada masa untuk melihat diri sendiri di cermin.

Sebagai wanita normal, memang kita mempunyai keinginan untuk kelihatan cantik , apatah lagi melihat rakan2 sejawat yg sering menjemurkan diri di bawah panas mentari, rasa simpati mula muncul. Saya ingin mencari produk yang tidak perlu bersusah payah menggunakannya, produk yang memang perlu dipakai apabila menjalani rutin biasa (mandi), produk yang sejuta produk ada di dalamnya, dan yang penting ialah, produk yang tak perlu mengubah corak hidup saya.

Maka, terciptalah FIEZA BEAUTY SOAP dimana ianya dapat digunakan bkn sekadar mencantikkan kulit anda, tetapi dapat mengubati masalah2 kulit seperti jeragat, jerawat, kedutan dan sebagainya.  FBS juga dapat menjimatkan wang anda daripada membeli alat solekan, menjimatkan masa dan yang penting TIDAK MERUBAH CORAK KEHIDUPAN ANDA.

SEBUKU SABUN SEJUTA KEAJAIBAN
KECANTIKAN TANPA SOLEKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan